Friday, April 29, 2011

sori..lambat!!

just wanna wish both of them happy belated besday..
cik ida = 28/3/11 & cik sarah = 28/4/11
umur tolak sendiri lah ye..huhu..maseh muda..don't worry..
dah tue pon klu masih ade semangat pemuda insyaallah akan tetap muda..hihi..
semoga ukhuwwah kite berkekalan hingga ke syurga..insyaallah..
maafkan ku andainya kurang di sana sini..
hak2 kawan yg tidak ku tertunai..maafkan ku..


gambar cilok dr fb mu ida...wa3~

Thursday, April 28, 2011

kudaranai koto..

comel lah bende nih..
buat dkt link nih.. http://setumeisho.com/
sumber dr blog hasparina sensei..huk3~

B型ファラさんとO型シャハリンの説明書

Wednesday, April 27, 2011

Ibadah bersama..

Kebanyakan orang saat ini melakukan ibadah sendiri-sendiri di rumah. Mereka seringkali merasa malu untuk beribadah dan berdoa bersama.

Bayangkan jika suami isteri memutuskan untuk melaksanakan solat malam bersama. Apa yang akan terjadi di rumah mereka? Bagaimana kemesraan yanng terjadi di antara mereka? 

Jika seorang anak perempuan berkata kepada ayahnya, "Ayuh ayah kita Tadarus Al-Quran bersama ", apa yang akan terjadi di dalam rumah mereka?

Allah dalam ketinggian Nya melihat dan mendapati sebuah keluarga berkumpul untuk beribadah bersama. Oleh kerana itu, iringilah semua kegiatan dengan berdoa dalam hati agar Allah membahagiakan kembali rumah tangga anda.

Bayangkan seorang isteri pergi ke suatu tempat bersama suaminya dalam satu kereta. Daripada bosan kerana sang suami tidak mengajak bicara atau isterinya sibuk dengan fikiran masing-masing, alangkah indahnya jika mereka berdua bersama-sama berzikir atau bertahmid dan mengingati nikmat Allah dalam setiap bicara tahmidnya itu.

Bila ini dijalankan serentak oleh seluruh anggota keluarga, dua minit saja mengucapkan Lailaha illallah di dalam kereta mereka, bagaimana kekuatan iman yang akan bisa tumbuh dalam hati mereka? Sangat luar biasa!!

Beribadahlah kepada Allah bersama-sama. Lihatlah rahmah dan nikmat yang masuk ke dalam diri dan rumah anda. Bayangkan para malaikat akan memenuhi rumah anda dan syaitan-syaitan akan keluar.

Seorang wanita yang bijak, bila ingin mengikat suaminya, cukuplah dengan meminta suaminya untuk beribadah bersama-sama. Bukan dengan meminta hadiah dan keluar bersama, meskipun hal itu juga penting.

Allah berfirman;
"Dan bahawasanya Dia lah yang menjadikan manusia tertawa dan menangis" 
(An-Najm: 43)

KEBAHAGIAAN ITU DI TANGAN ALLAH WAHAI SAHABAT-SAHABAT KU. PADA SIAPA LAGI UNTUK KITA MEMINTA KALAU BUKAN KEPADA DIA.

Resepi Magik untuk Rumah tangga yang rukun dan diredhai Allah

1. Membaca Al -Quran bersama walau hanya satu helai.
2. Solat bersama walau hanya dengan dua rakaat pendek.
3. Zikir bersama walau hanya lima minit
4. Doa bersama walau hanya dalam bahasa lokal
5. Berbuka bersama satu keluarga di bulan Ramadhan

Jika kelima hal ini bisa anda laksanakan, insyaAllah keluarga yang rukun dan teguh mudah untuk anda raih.

Rasulullah saw. pernah bersabda kepada sebuah keluarga yang sangat menjaga ibadah mereka;
" Wahai anak cucu fulan, sesungguhnya Allah mengusir syaitan dari rumah kalian kerana ketaatan kalian kepada Nya. Maka janganlah kalian kembalikan syaitan-syaitan itu lagi ke rumahmu."

Allah berfirman;
" Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.." (At-Tahrim: 6)

Sebuah Hadith yang indah dari Nabi menyatakan:
" Sesungguhnya syaitan akan lari dari sebuah rumah yang dibaca surah Al-Baqarah di dalamnya"
(dalam Al-Mathurat pun banyak ayat2 Al-Baqarah kan, so lets recite Mathurat together with our family)

Allah berfirman;
"Dan perintahkanlah kepada keluargamu untuk mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan akibat (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa". (Thaha: 132)

Rasulullah saw bersabda;
" Perumpamaan rumah yang di dalamnya terdapat zikrullah dan rumah yang tiada zikrullah samalah seperti orang yang hidup dan orang yang mati."

Dalam Hadith Qudsi Allah berfirman;
" Barang siapa menyebut-KU dalam dirinya , Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Barangsiapa mengingat-Ku dalam keramaian, Aku akan menyebutnya dalam keramaian yang lebih baik darinya.

Selamat bagi keluarga yang berzikir kepada Allah bersama-sama. Jika anda melakukannya, nama keluarga anda akan disebut di langit.

(petikan dari buku ADAKAH SYURGA DI RUMAHMU-AMRU KHALID)

*Tips ini bukan hanya utk mereka yang sudah berkeluarga, antara housemates pun boleh aplikasikan. Semoga sentiasa beroleh redha dan rahmat Allah)

;)

-credit to k.mah-

hope..

Ya Allah Ya Rabbi..teguhkan iman kami..
Moga tabah hati..tak berbelah bagi..

Tuesday, April 26, 2011

updet..

pinggang and kaki dah mule sakit2..wa3~
kene pusing2 dulu utk cr posisi terbaik utk baring..huhu..
and alhamdulillah..still lg blh slt berdiri..
tgh cr antenatal kelas and masih berfikir2 lagi nk beranak di mane??
klu blh under budget cik abg..another 10 weeks to go..
semoga dipermudahkan..insyaAllah..
hasbunallahu wani'mal wakiil..

Tuesday, April 19, 2011

baby's shop..

save link kat sini supaya blh review blk later..or sape2 yg nk cr info maybe..
tgh skodeng2 baby carrier kat tenet..instead of stroller buat mase nih..
1. tinytapir 
2. lunatots 
3. fabulousmom (byk design comey2 for baby sling)

selain tuh ade jugak cloth diaper..
2. alshoppe (menarik..ade 7 warna..promosi smpi 31/12/2011..RM25/piece)
3. lunatots 
4. ummi2shoppe (byk pilihan..plg femes..CD AIO..RM26/piece)
5. anakibu shop (byk brand..menarik sunny baby brand..byk design..RM25/piece)

susume cara pakai CD sehari dr alshoppe..

suggestion

induced..

mula2 tak faham apa maksud induced nih..
cari kt tenet..baru faham apa maksudnya..
chuak juga bile dgr..tp Allah knows the best..
semoga dipermudahkan Allah k.aten..


info ttg induced..blh tgk kat link nih..why induced?